Polisi Kebersihan

Polisi Kebersihan merupakan dasar KHB untuk menubuhkan, melaksanankan dan mengekalkan piawaian yang sesuai terhadap penjagaan dan pengendalian kebersihan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan para pekerja. Polisi ini dilengkapi dengan garis panduan untuk dilaksanakan dalam lingkungan operasi KHB.

Untuk melaksanakan polisi ini, KHB akan:

  • Memastikan kod pakaian adalah sesuai dan wajar serta didukung oleh semua pekeria bagi memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan serta keselesaan di tempat kerja.
  • Secara praktikal, haruslah mengekalkan persekitaran yang bersih termasuk mengosongkan tong sampah dan memastikan persekitaran rumah berada dalam keadaan yang bersih. Hal ini bertujuan bagi meminimumkan penyebaran penyakit.
  • Menggalakkan semua isi rumah mengamalkan kebersihan dan pengurusan penjagaan yang baik.lni meliputi kawasan ruang tamu, ruang makan, dapur dan tandas.
  • Memberikan bekalan air bersih untuk semua tempat kerja dan perumahan pekerja. Perkara ini bagi memastikan semua pekerja mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian seperti minum dan mandi.
  • Menyampaikan informasi kepada semua pekerja agar mereka faham akan kepentingan pengendalian makanan dan minuman yang betul. Peti penyimpanan makanan haruslah disimpan di tempat yang sesuai bagi mengurangkan pencemaran makanan. Air minum perlulah dimasak terlebih dahulu sebelum digunakan.

 

Approved By :

Mr. Ho Sui Ting

Chief Plantation Officer

7 January 2015