Dasar Kemampanan

Kumpulan KHB komited untuk berusaha ke arah pembangunan mampan yang praktikal untuk menjamin masa depan yang mampan. KHB telah menerima pakai amalan terbaik daripada industri ke dalam operasi hariannya, dan seluruh operasi.

Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang dilaksanakan oleh KHB bagi memastikan kemampanan perniagaannya adalah seperti berikut:

  •   Komited untuk mematuhi semua undang-undang yang berkaitan, prinsip pensijilan dan kriteria RSPO dan ISCC yang akan mempastikan kemampanan masa hadapan.
  •   Memastikan perlindungan dan pemuliharaan semua kawasan dan acheter cialis sumber Koservasi Bernilai Tinggi (HCV).
  •   Memastikan Tiada Penebangan hutan dengan melaksanakan kaedah pendekatan Stok Karbon Tinggi (HCS).
  •   Mempastikan perlindungan pada spesis yang jarang ada, sering terancam dan dalam bahaya (RTE) yang tinggal di kawasan HCV.
  •   Menggalakkan inovasi untuk produk dan penambahbaikan proses, pemuliharaan air, pengurusan sisa dan kitar semula.
  •   Melaksanakan Amalan Pertanian yang Baik dan Amalan Pengilangan yang Baik untuk kemampanan perniagaan.
  •   Menggalakkan perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan termasuk kawasan tanah gambut tanpa mengira kedalaman.
  •   Telus dan bertanggungjawab kepada pemegang kepentingan dan mempastikan kesedaran polisi kemampanan syarikat melalui komunikasi dan latihan berterusan.

 

Disahkan Oleh :

Datuk Freddy Lim Nyuk Sang

Chief Executive Officer

3 Januari 2017