Dasar keselamatan & Kesihatan

Kumpulan KHB komited untuk mematuhi keperluan kesihatan dan keselamatan dan menguruskan aktiviti-aktiviti dengan pertimbangan yang sewajarnya kepada keselamatan dan kesihatan mana-mana orang yang mungkin terjejas oleh operasi kami.

Untuk melaksanakan Polisi ini, kami komited untuk:

  •   Menyediakan keadaan kerja yang sihat & selamat yang praktikal untuk pencegahan kecederaan berkaitan pekerjaan dan kesihatan yang tidak baik;
  •   Mematuhi kehendak undang-undang dan  keperluan lain yang berkaitan;
  •   Kawalan risiko OH & S (Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan) dengan menggunakan kawalan-kawalan hierarki, yakni, Menghapuskan, Menggantikan, Kawalan Kejuruteraan, Kawalan Pentadbiran dan Peralatan perlindungan diri (PPE).
  •   Melakukan penilaian risiko dan menyediakan prosedur-prosedur dan mendokumenkan tindakan-tindakan yang dilaksanakan untuk menangani isu-isu;
  •   Mendokumen dan melaksanakan pelan kesihatan dan keselamatan yang meliputi semua aktiviti, dan memantau keberkesanannya;
  •   Penyertaan dan penglibatan pekerja (wakil pekerja) dalam proses membuat keputusan termasuk dalam Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan;
  •   Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ditubuhkan dan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan akan diadakan sekerap yang diperlukan dan direkodkan;
  •   Memberikan tugasan dan makluman kepada semua peringkat di dalam Syarikat berkaitan tanggungjawab, akauntabiliti dan authoriti bagi peranan yang relevan dalam sistem pengurusan OH&S;
  •   Semua pekerja di setiap peringkat Syarikat akan bertanggungjawab terhadap aspek-aspek sistem pengurusan OH & S yang mana mereka mempunyai kawalan;
  •   Semua pekerja baru diberi program orientasi mengenai prosedur keselamatan;
  •   Semua pekerja yang terlibat dalam operasi itu telah dilatih dalam amalan kerja yang selamat;
  •   Peralatan perlindungan diri (PPE) yang mencukupi dan sesuai disediakan untuk semua pekerja di tempat kerja untuk menampung semua aktiviti yang berpotensi merbahaya;
  •   Prosedur kemalangan dan kecemasan disediakan dan difahami oleh pekerja termasuk Kit Pertolongan Cemas dan rawatan;
  •   Semua kemalangan dan kecederaan direkodkan sebagaimana dikehendaki oleh perundangan;
  •   Semua laporan daripada kemalangan disimpan dan dikaji secara berkala;
  •   Semua pekerja disediakan dengan rawatan perubatan dan dilindungi oleh insurans kemalangan;
  •   Mengikuti sebarang perubahan dalam keperluan kesihatan dan keselamatan dan dilaksanakan dengan sewajarnya;
  •   Peningkatan berterusan sistem pengurusan OH & S untuk meningkatkan prestasi OH & S Syarikat.

 

Disahkan Oleh :

Datuk Freddy Lim Nyuk Sang

Chief Executive Officer

01 April 2019