Polisi Pengangkutan

Polisi Pengangkutan ini membuktikan kesungguhan pihak pengurusan untuk memastikan dan mencapai tahap keselamatan yang tinggi dalam kalangan pengguna jalan raya di kawasan- kawasan miliknya. la meliputi para pekerjanya, tanggungan pekerja, pembekal, kontraktor dan juga pelanggan serta pelawat. KHB akan melakukan apa jua yang termampu untuk mengurangkan tahap risiko pendedahan terutama ke atas para pekerjanya dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan kemalangan serta kesan atau akibat daripadanya, seterusnya mencapai sasaran kematian SIFAR akibat daripada kemalangan yang melibatkan pengangkutan.

Untuk itu, adalah menjadi Polisi KHB untuk:

  • Memastikan semua kenderaan perladangan diselenggara secara berjadual dan dikendalikan dengan penuh tanggugjawab dan selamat.
  • Mendidik dan memberi panduan kepada semua kontraktor, para pemandu, penduduk dan para pekerjanya tentang menggunakan jalan secara selamat dan bertanggungjawab di samping meningkatkan kemahiran atau kompeten para pemandu syarikat.
  • Mematuhi Akta Pengangkutan Jalan dan peraturan-peraturan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh KHB.
  • Mengadakan prosedur untuk melapor dan menyiasat semua jenis kemalangan yang melibatkan kenderaan di kawasan ladang seterusnya mengambil langkah-Iangkah setakat yang praktik untuk mencegah kemalangan yang sarna daripada berulang.
  • Memastikan setiap pekerja yang menggunakan kenderaan syarikat tahu dalam melaksanakan tanggungjawab peribadi dan bersama untuk menggunakan kenderaan di bawah jagaan mereka secara selamat.
  • Memastikan semua kontraktor atau pembekal barangan dan perkhidmatan mematuhi Garis Panduan Polisi Pengangkutan KHB sarna ada mereka beroperasi untuk KHB atau harta milikan KHB.
  • Memastikan para pemandu syarikat sentiasa diberikan latihan yang berkaitan untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab mereka dengan selamat.

 

Approved By :

Mr. Wong Len Kee

Group Plantations Director

7 January 2015