Polisi Pekerja Asing

Kumpulan KHB komited untuk mematuhi bahawa tidak ada sebarang bentuk buruh paksaan atau pemerdagangan yang digunakan dan semua kerja adalah atas kerelaan.

Kumpulan KHB juga komited untuk menegakkan hak asasi pekerja asing.

Untuk melaksanakan Polisi ini, kami komited untuk:

  •   Pekerja asing memasuki pekerjaan secara sukarela dan bebas, tanpa ancaman penalti.
  •   Tiada diskriminasi berdasarkan asal etnik, kasta, negara asal, agama, kecacatan, jantina, orientasi seksual, identiti jantina, keahlian kesatuan, fahaman politik atau umur.
  •    Pengambilan dan pemilihan pekerja asing tertakluk pada kelulusan pemeriksaan perubatan.
  •    Program orientasi ketibaan hendaklah dilaksanakan.
  •    Pekerja asing mempunyai kebebasan untuk meletakkan jawatan atau menamatkan perkhidmatan tanpa penalti dengan memberi notis yang munasabah atau mengikut perjanjian.
  •    Tiada penahanan dokumen pengenalan atau passport.
  •    Bayaran pengambilan pekerja asing akan ditanggung oleh syarikat.
  •    Tiada penggantian kontrak.
  •    Menyediakan perumahan, air, dan elektrik dengan percuma.
  •    Menubuhkan pusat pembelajaran untuk anak-anak pekerja asing, apabila terdapat sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak bagi pekerja ladang.
  •    Tiada perhambaan hutang.
  •    Tiada penahanan gaji.
  •    Menghormati hak kebebasan menyertai persatuan.
  •    Semua pekerja akan disediakan dengan rawatan perubatan dan dilindungi oleh insurans kemalangan.

 

Disahkan Oleh :

Datuk Freddy Lim Nyuk Sang

Chief Executive Officer

01 April 2019