Dasar Kelestarian

Kumpulan KHB komited untuk berusaha ke arah pembangunan lestari yang praktikal untuk menjamin masa depan yang lestari. KHB telah menerima pakai amalan terbaik daripada industri ke dalam operasi hariannya, dan seluruh operasi.

Amalan Pertanian Baik (GAP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP) yang dilaksanakan oleh KHB bagi memastikan kelestarian perniagaannya adalah seperti berikut:

  •   Komited untuk mematuhi semua undang-undang yang berkaitan, syarat dan standard pensijilan RSPO, ISCC dan MSPO yang akan memastikan amalan lestari di semua aktiviti Pengilangan, Estet dan Kilang Penapisan kami ke arah pengeluaran produk minyak sawit secara lestari yang diperakui.
  •   Perlindungan dan pemuliharaan kawasan Bernilai Konservasi Tinggi (HCV) dan semua sumber.
  •   Tiada penebangan hutan dengan melaksanakan kaedah Pendekatan Stok Karbon Tinggi (HCS).
  •   Perlindungan terhadap spesis yang jarang ada, sering terancam dan dalam bahaya (RTE) yang tinggal di kawasan HCV.
  •   Menggalakkan inovasi untuk produk dan penambahbaikan proses, pemuliharaan air, pengurusan sisa dan kitar semula.
  •  Melaksanakan Amalan Pertanian yang Baik dan Amalan Pengilangan yang Baik untuk kelestarian perniagaan.
  •  Perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar termasuk kawasan tanah gambut tanpa mengira kedalaman.
  •   Telus dan bertanggungjawab kepada pemegang kepentingan dan memastikan kesedaran mengenai polisi kelestarian syarikat melalui latihan dan komunikasi berterusan.

 

Disahkan Oleh :

Datuk Freddy Lim Nyuk Sang

Chief Executive Officer

1 April 2021