Polisi Gangguan Seksual

Pihak Syarikat amat komited di dalam menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, selamat dan bebas daripada gangguan seksual.

Syarikat melihat gangguan seksual sebagai gerak laku seksual yang tidak diingini, permintaan yang bermiripkan seks atau kata-kata atau perilaku fizikal bersifat seksual terhadap pekerja. Jika tingkah laku tersebut dibuat oleh individu yang boleh mengganggu karier atau situasi kerja oleh pekerja lain perlu dikira sebagai perlanggaran disiplin yang serius, di mana boleh menyebabkan tindakan disiplin diambil. Walau bagaimanapun, ia seharusnya diperkukuhkan lagi, jika ada sebarang bentuk tingkah laku yang tidak diingini yang berbaur seksual terhadap pekerja lain mungkin diangap sebagai gangguan seksual sekiranya ia kerap diulang atau mencipta persekitaran kerja yang menakutkan.

Pekerja yang merasakan mereka diganggu secara seksual boleh mengelakkan situasi berkenaan daripada berterusan dengan membuat bantahan yang keras terhadap pelaku. Sekiranya gangguan berterusan atau memberi kesan terhadap pekerjaannya, aduan perlulah dibuat. Pekerja akan dilindungi daripada ugutan, pemangsaan atau diskriminasi bagi aduan yang dibuat atau membantu di dalam siasatan. Tindakan balas terhadap pekerja yang membuat aduan tentang gangguan seksual adalah kesalahan yang serius yang boleh membawa kepada tindakan disiplin.

Syarikat tidak akan bertolak ansur pada mana-mana aduan palsu dan rekaan terhadap individu yang tidak bersalah. Mana-mana pekerja yang didapati berbuat tuduhan palsu boleh dikenakan tindakan disiplin termasuklah pemecatan.

 

Approved By :

Mr. Ho Sui Ting

Chief Plantation Officer

7 January 2015