Kumpulan KHB komited untuk mengurangkan kesan alam sekitar daripada operasinya dan memahami kepentingan memelihara sumber semula jadi. KHB akan berusaha untuk menggalakkan penambahbaikan alam sekitar bila-bila masa praktikal yang akan menjamin masa depan yang mampan.
Untuk melindungi alam sekitar dan meningkatkan kepelbagaian bio KHB akan melaksanakan yang berikut:
- Menjalankan kegiatan dalam rangka keperluan berkanun dan peraturan dalam hal-hal berkaitan dengan alam sekitar dan kepelbagaian biologi;
- Melaksanakan pembakaran sifar dalam semua aktiviti penanaman kelapa sawit;
- Mempastikan semua aktiviti di ladang dan kilang mematuhi peraturan keselamatan penggunaan bahan kimia;
- Bertindak mengikut pendekatan industri perladangan semasa;
- Mengurus organisasi untuk mengurangkan pelepasan GHG dan kesan alam sekitar;
- Membuat perancangan dan pencarian sumber yang bersesuaian untuk melindungi masyarakat dan alam sekitar daripada potensi kesan buruk perubahan alam sekitar akibat daripada aktiviti perladangan;
- Mendidik dan meningkatkan kesedaran berkaitan dengan perlindungan alam sekitar dan biodiversiti melalui komunikasi dan latihan berterusan kepada semua pihak yang berkepentingan yang berkaitan.
Disahkan Oleh :
Datuk Freddy Lim Nyuk Sang
Chief Executive Officer
3 Januari 2017