Kumpulan KHB komited ketahap profisionalisma dan integriti yang tinggi dalam operasi perniagaannya. KHB menghargai integriti dan kejujuran dan berusaha untuk mengintegrasikan nilai-nilai ini ke dalam amalan harianya.
Kumpulan KHB juga komited untuk membangunkan budaya organisasi yang akan mempamerkan kelakuan beretika yang tinggi dan menghormati hak asasi manusia, kesaksamaan dan keadilan melalui saluran berikut:
- Menghormati urusan perniagaan yang adil.
- Melarang segala bentuk rasuah, merasuah dan penipuan menggunakan dana dan sumber.
- Memberi pendedahan maklumat yang wajar mengikut peraturan-peraturan yang terpakai dan amalan industri yang diterima.
- Memastikan perlindungan kerahsiaan Syarikat dan maklumat sekutu Syarikat untuk melindungi daripada pendedahan maklumat penting yang tidak dibenarkan demi kepentingan Syarikat.
- Menghormati dan melindungi hak-hak asasi manusia, seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu, dan juga maruah individu yang bekerja di semua peringkat operasi termasuk pihak ketiga yang dikontrakkan.
- Melarang balasan dendam terhadap Pembela Hak Asasi Manusia (HRD).
- Melarang intimidasi dan gangguan oleh unit pensijilan dan perkhidmatan-perkhidmatan kontrak, termasuk pasukan keselamatan yang dikontrak.
- Mengekalkan kerahsiaan pemberi maklumat seboleh-bolehnya.
- Memastikan tidak ada balasan dendam atau tindakan pembalasan terhadap pengadu atau pemberi maklumat.
- Menghormati hak-hak orang asli dan tempatan dan melaksanakan Persetujuan Terbuka, Sebelum dan Dimaklumkan (FPIC).
- Menggalakkan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan harmoni.
- Tiada diskriminasi berdasarkan asal etnik, kasta, negara asal, agama, kecacatan, jantina, orientasi seksual, identiti jantina, keahlian kesatuan, fahaman politik atau umur.
- Kesaksamaan dalam memberi peluang dan layanan yang berkaitan dengan pekerjaan.
- Menyediakan latihan dan pembangunan untuk pekerja demi meningkatkan potensi mereka.
- Menghormati hak kebebasan berpersatuan dan hak tawar-menawar kolektif.
- Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan buruh dan hak asasi manusia.
Disahkan Oleh :
Datuk Freddy Lim Nyuk Sang
Chief Executive Officer
1 March 2020