Kumpulan KHB komited untuk mematuhi keperluan kesihatan dan keselamatan dan menguruskan aktiviti-aktiviti dengan pertimbangan yang sewajarnya kepada keselamatan dan kesihatan mana-mana orang yang mungkin terjejas oleh operasi kami.
Untuk melaksanakan Polisi ini, kami komited untuk:
- Menyediakan keadaan kerja yang sihat & selamat yang praktikal untuk pencegahan kecederaan berkaitan pekerjaan dan kesihatan yang tidak baik;
- Mematuhi kehendak undang-undang dan keperluan lain yang berkaitan;
- Kawalan risiko OH & S (Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan) dengan menggunakan kawalan-kawalan hierarki, yakni, Menghapuskan, Menggantikan, Kawalan Kejuruteraan, Kawalan Pentadbiran dan Peralatan perlindungan diri (PPE).
- Melakukan penilaian risiko dan menyediakan prosedur-prosedur dan mendokumenkan tindakan-tindakan yang dilaksanakan untuk menangani isu-isu;
- Mendokumen dan melaksanakan pelan kesihatan dan keselamatan yang meliputi semua aktiviti, dan memantau keberkesanannya;
- Penyertaan dan penglibatan pekerja (wakil pekerja) dalam proses membuat keputusan termasuk dalam Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan;
- Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ditubuhkan dan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan akan diadakan sekerap yang diperlukan dan direkodkan;
- Memberikan tugasan dan makluman kepada semua peringkat di dalam Syarikat berkaitan tanggungjawab, akauntabiliti dan authoriti bagi peranan yang relevan dalam sistem pengurusan OH&S;
- Semua pekerja di setiap peringkat Syarikat akan bertanggungjawab terhadap aspek-aspek sistem pengurusan OH & S yang mana mereka mempunyai kawalan;
- Semua pekerja baru diberi program orientasi mengenai prosedur keselamatan;
- Semua pekerja yang terlibat dalam operasi itu telah dilatih dalam amalan kerja yang selamat;
- Peralatan perlindungan diri (PPE) yang mencukupi dan sesuai disediakan untuk semua pekerja di tempat kerja untuk menampung semua aktiviti yang berpotensi merbahaya;
- Prosedur kemalangan dan kecemasan disediakan dan difahami oleh pekerja termasuk Kit Pertolongan Cemas dan rawatan;
- Semua kemalangan dan kecederaan direkodkan sebagaimana dikehendaki oleh perundangan;
- Semua laporan daripada kemalangan disimpan dan dikaji secara berkala;
- Semua pekerja disediakan dengan rawatan perubatan dan dilindungi oleh insurans kemalangan;
- Mengikuti sebarang perubahan dalam keperluan kesihatan dan keselamatan dan dilaksanakan dengan sewajarnya;
- Peningkatan berterusan sistem pengurusan OH & S untuk meningkatkan prestasi OH & S Syarikat.
Disahkan Oleh :
Datuk Freddy Lim Nyuk Sang
Chief Executive Officer
01 April 2019